Eyes Set To Kill live at One Cafe

Opening Band
















................................

















~ Thursday, September 29, 2011 0 comments

Ska Nite 'Skaby-Doo'

Gig ni berlangsung dengan jayanya pada khamis (30 JUN) lepas di Laundry Bar bersempena dengan perlancaran album band 40 WINKS. Band-band yang turut serta adalah SKUDAP SKUDIP , SHARPSHOOTER dan  JOHNNY COMES LATELY.
Sampai je tempat parking motor dah nampak beberapa vespa tersusun cantik je kat situ . Ni confirm ramai skinhead yang datang haha. Sampai je dekat laundry bar terjumpa alif dengan ebi dorang ni artis doe idola katakan haha. Then, aku masuk lah ke tempat berlangsungnya acara ini, sangkaan aku memang benar "aduh asal lah dorang tak alihkan meja meja ni ketepi bagilah ruang dekat depan tu besar sikit ishh" ah kau merungut lagi benda gig free kan lantaklah. 

Opening band dimulakan oleh 40 WINKS, masa ni crowd masih malu malu nak ke depan stage (adalah ruang sikit nak berasak-asak).

Second band SHARPSHOOTER, pun masih sama crowd bersantai di meja, celah celah meja, FOKUS apa yang berlaku.



JOHNNY COMES LATELY ha masa ni crowd dah mula berasak-asak ke depan stage termasuklah aku dan rakan rakan tapi masih malu lagi nak berskakin haha. Dorang bawa tiga lagu baru entah apa tajuk tak ingat, memang tip top dan canggih (tak sabar ni nak tunggu album baru keluar).






SKUDAP-SKUDIP, crowd mula agresif haha memang meriah gila masa ni. Dorang cover lagu monkey-man dgn we are the youth haha memang sing along habis rasa puas memang puas macam makan nasi kandar penang. Terbaik la korang !!





40 WINKS lagi sekali sebagai penutup acara !!!







** Beli terus album 40 winks dengan harga RM10
** Lagu-lagu baru JCL memang terbaik !! Tapi album baru dorang cakap hujung tahun ni
** Puas memekik dengan Skudap-skudip!


~ Saturday, July 9, 2011 0 comments

Forgive n Forget

Aku datang pun sebab nak tebus balik tiket Miss May I dengan duit balik, tahap kesabaran aku dah melampui batas cehhh haha lagipun dorang cakap mungkin lepas raya para rockstar ni akan datang uisshh lama sangat tu beb nanti jiwa aku merana haha. Sampai je nak park motor area 1cafe dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia, bagus ramai tapi sebab ada gig FREE boleh la, cuba kalau dikenakan bayaran aku rasa dalam tu aku masih boleh bernafas lagi kot.

Pergi je dekat kauter nak refund ada seorang gadis jaga, masa ni band apa entah tengah perform bising sampai aku tak dengar apa lah awek cakap, tambahan dengan tahap darjah kepanasan dalam 1cafe tu sampai kat luar dah boleh rasa bahangnya berpeluh aku !!! Yelah gig free kan ramai lah sekalian manusia yang datang berpusu-pusu.

Band-band yang perform macam biasalah yang bergenrekan COre dibelakang, padat padu panas pasam pantas perwira perkasa persona pentau pisang paras aihh apa ni!!!, mosher headbanger tegar masing-masing  menunjukkan ketangkasan dalam pit. Bagus hormat antara satu sama lain.



















*** Terima kasih kepada band This Sunday sebab campak CD korang ngam-ngam dekat aku 
        (Orang tua-tua kata, rezeki jangan ditolak. Aku memang patuh cakap orang tua-tua -
          Petikan drpd buku tulisan Mohd Jayzuan) 
         


~ Saturday, June 18, 2011 0 comments