Forgive n Forget

Aku datang pun sebab nak tebus balik tiket Miss May I dengan duit balik, tahap kesabaran aku dah melampui batas cehhh haha lagipun dorang cakap mungkin lepas raya para rockstar ni akan datang uisshh lama sangat tu beb nanti jiwa aku merana haha. Sampai je nak park motor area 1cafe dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia, bagus ramai tapi sebab ada gig FREE boleh la, cuba kalau dikenakan bayaran aku rasa dalam tu aku masih boleh bernafas lagi kot.

Pergi je dekat kauter nak refund ada seorang gadis jaga, masa ni band apa entah tengah perform bising sampai aku tak dengar apa lah awek cakap, tambahan dengan tahap darjah kepanasan dalam 1cafe tu sampai kat luar dah boleh rasa bahangnya berpeluh aku !!! Yelah gig free kan ramai lah sekalian manusia yang datang berpusu-pusu.

Band-band yang perform macam biasalah yang bergenrekan COre dibelakang, padat padu panas pasam pantas perwira perkasa persona pentau pisang paras aihh apa ni!!!, mosher headbanger tegar masing-masing  menunjukkan ketangkasan dalam pit. Bagus hormat antara satu sama lain.



















*** Terima kasih kepada band This Sunday sebab campak CD korang ngam-ngam dekat aku 
        (Orang tua-tua kata, rezeki jangan ditolak. Aku memang patuh cakap orang tua-tua -
          Petikan drpd buku tulisan Mohd Jayzuan) 
         


~ Saturday, June 18, 2011 0 comments

Little Trip to Penang

Trip kali ni aku dengan Mizan ke Penang untuk Ska Fest yang akan berlangsung di Studio Soundmaker. Post sebelum ni aku dah ceritakan bagaimana acara ini berlangsung dengan jayanya serta kemeriahan yang tak dapat dirasai di sekitar KL. 
  
Plan nak gerak ni memang dah lama, nasib baik semuanya jadi dan berjalan lancar, padahal sehari sebelum nak gerak si Mizan mula meluahkan segala isi masalahnya (kalau tak aku panggil kau Pariah) haha. Ok bermula dari stesen KTM Batu Caves kitorang memulakan perjalanan ke KL Sentral. Dengan tiket yang sudah dibeli lebih kurang Rm 32 kami mencari tempat duduk yang terletak di gerabak paling hujung sekali.

Sabtu 7.00 am sampai ke destinasi, lepak sementara untuk menghilangkan biol-biol dalam kepala (memang tak best tido dalam tren bising, sempit, sejuk, haa lagi2 masa dalam tandas kena pandai-pandai seimbangkan badan haha). Then naik feri, awal2 pagi dah buat hal salah masuk lorong keluar pulak biasalah pagi2 kan basuh muka je kot, nasib baik pak cik kaunter tu tegur elok2. Ha korang layan la gambar yang diambil dinihari pagi yang tak seberapa nak profesional.
















Tengah ronda-ronda nih, keadaan disekitar jalan mula bising dengan bunyi siren bomba. Apalagi jadi wartawan la sekejap, punca sebenar kereta ni terbakar aku tak tahu dan aku tak nak ambil tahu haha saja nak tengok gelagat orang disekeliling.


Barang rare ni, nak je aku bawak balik selayang.






Ahad 10.00 am




Dari jauh aku tengok motor bersepah banyak giler, aku ingatkan orang-orang muda sebaya aku tengah lepak rupanya aishh haha...







Tempat ni aku jumpa secara tak sengaja nasib aku lah ni haha memang tengah lapar apa lagi balun la.. (aku mula ketagih dengan nasi kandar)

Ni kedai jual asam jeruk sekilo Rm 7











Ha ni barang paling berkesan untuk mengelakkan daripada gigitan nyamuk serius weh bau pun wangi Rm 1 je. Berani cubalah











~ Tuesday, June 14, 2011 0 comments