Macam biasa aku telah melambatkan diri untuk hadir ke acara ini.
Indie Goodness yang diadakan sekali setahun kali ni yang ke-3.
Meh preview balik untuk IG yang sebelumnya, volume 1 dorang buat dekat MCPA Hall masa tu memang padat gila sampai turn kitorang nak beli tiket boleh dia kata habis haha agaklahh... kelam kabut aku tengok organizer nak handle budak budak keluar masuk. Akhirnya dapat juga masuk tapi, sampai je dekat pintu aku dah rasa bahang panas dari pelbagai jenis insan yang sedang berdansa, memang happening nasib baik aku hidup lagi. Volume 2 dorang buat dekat 1cafe, agak meriah juga mungkin dengan adanya band ska punk dari JB 'Plague of Happiness' pehh ingat senang ke nak tengok dorang perform dekat kl, memang skakin habis sampai lupa diri kau siapa haha (gilaa gelak depan laptop). Ada satu lagi event gig yang di organize oleh Abang Mey juga iaitu Sana Sini Seni yang berlangsung di Chin Woo Hall. Tempat memang besar (indoor) puas hati, crowd pun ramai juga then ada booth jual merchandise baju, cupcake dll.
****
Padan muka kau melepas lagi nak tengok Hello Is This The Band perform, ahh lagi sekali dorang main opening. Sweet-P, Lolila, Romancesa pun aku terlepas juga 'double-trouble' betul lah kau ni haha.
Joanna sebagai frontwomen pandai berinteraksi dengan crowd, ajak berdansa, baling botol air dan tag band dan dorang ada bagi 2 t-shirt free berebut haha.
Dodd : "1 Malaysia"
Skudap skudip memang dah standby nak skakin persembahan memang terbaik dengan sedikit ceramah daripada dodd "siapa kata indie dah mati" dan di akhiri dengan dodd berenang renang atas crowd.
The Pilgrims band otai nih
The Times, dah tak payah nak cerita crowd macam mana happening dia. Puas.... memang puas ibarat melontar semua masalah yang kian membusut di kepala sejauh yang mungkin.. haha
Akibat keletihan selepas melenjan lagu2 The Times ramai crowd duduk mengumpul semula tenaga dorang. Couple selaku band headline memberikan perfomance yang terbaik dan tak menghampakan, lagu yang dorang main pun banyak. Steady la, aidil kantoi goreng masa lagu apa entah haha ..
Ambil gambar dengan organizer haha..Thanks abang mey bagi kitorang tag crew, kau memang sempoi. Tahun depan abg mey cakap adalah tahun last untuk Indie Goodness kiranya Indie Goodness final volume la.
*** Grey Sky Morning sepatutnya dorang perform tapi dorang pergi event apa entah dekat Jakarta sebagai
wakil Malaysia :(
*** Aku nak One Buck Short weh....
by
kec!k!ntheloO
~
Tuesday, May 10, 2011