Ska Nite 'Skaby-Doo'

~ Saturday, July 9, 2011
Gig ni berlangsung dengan jayanya pada khamis (30 JUN) lepas di Laundry Bar bersempena dengan perlancaran album band 40 WINKS. Band-band yang turut serta adalah SKUDAP SKUDIP , SHARPSHOOTER dan  JOHNNY COMES LATELY.
Sampai je tempat parking motor dah nampak beberapa vespa tersusun cantik je kat situ . Ni confirm ramai skinhead yang datang haha. Sampai je dekat laundry bar terjumpa alif dengan ebi dorang ni artis doe idola katakan haha. Then, aku masuk lah ke tempat berlangsungnya acara ini, sangkaan aku memang benar "aduh asal lah dorang tak alihkan meja meja ni ketepi bagilah ruang dekat depan tu besar sikit ishh" ah kau merungut lagi benda gig free kan lantaklah. 

Opening band dimulakan oleh 40 WINKS, masa ni crowd masih malu malu nak ke depan stage (adalah ruang sikit nak berasak-asak).

Second band SHARPSHOOTER, pun masih sama crowd bersantai di meja, celah celah meja, FOKUS apa yang berlaku.



JOHNNY COMES LATELY ha masa ni crowd dah mula berasak-asak ke depan stage termasuklah aku dan rakan rakan tapi masih malu lagi nak berskakin haha. Dorang bawa tiga lagu baru entah apa tajuk tak ingat, memang tip top dan canggih (tak sabar ni nak tunggu album baru keluar).






SKUDAP-SKUDIP, crowd mula agresif haha memang meriah gila masa ni. Dorang cover lagu monkey-man dgn we are the youth haha memang sing along habis rasa puas memang puas macam makan nasi kandar penang. Terbaik la korang !!





40 WINKS lagi sekali sebagai penutup acara !!!







** Beli terus album 40 winks dengan harga RM10
** Lagu-lagu baru JCL memang terbaik !! Tapi album baru dorang cakap hujung tahun ni
** Puas memekik dengan Skudap-skudip!

0 comments:

Post a Comment