Ska Fest Vol:5

 Bertempat di Soundmaker Penang, pehh kali pertama aku pergi gig sejauh ini bersama rakan aku mizan untuk mencuba merasai suasana dan kelainan situasi gig bersama crowd2 penang. 


Heiress of Bullet-   Kali pertama tengok band ni dengan seorang ahli gadis bertudung main Trombone (betul ke.. entah) memang gempak aku layan...






Amert (Stick No Bill) with the ska punk Allstars -  Memang layan walaupun aku tak hafal lagu dorang haha jujur ni, nasib baik dorang ada cover lagu Time Bomb.





Orkeska- Tengok basist dia aku macam kenal dia ni peramah orangnya sebab aku selalu terserempak dengan dia di gig area kl, terkesima aku sebentar haha. Crowd mula dipenuhi dengan kehadiran skinheads, memang ramai susah nak jumpa dorang ramai2 macam ni.





I See Dump People- Frontman dia memang terbaik dengan vokal dan cara beliau bermain gitar dah macam tengok band Zip Zieller perform la pulak ... Mantap bro




Priceless Stupid Box-



The Full Pledge Munkees-  Band dari Singapore ni ditemani oleh seorang warga jepun di posisi bass tak silap aku dia ada cakap"aku bodoh" , dengan crowd mula mengganas dan acara tebar roti canai sebelah tangan berlaku (kena pedih tu). Badan aku mula berlecak seluruh badan walaupun ada 4 buah air-cond dipasang...




POH- Dah aku tak tahu nak taip apa, macam mana happening nya bila otai2 ni perform . Aku segera ke depan stage bajet selamat la entah berapa kali tersepit dekat stage dah la bucu kayu tu tajam ciabai haha. Dorang ada main lagu baru tapi lupa tajuk dia . Atas permintaan crowd yg menggila dorang main lagu Viva La Punk untuk last song.... yeesss akhirnya setelah sekian lama.






JCL-  Skinheads aku tengok ramai beransur keluar mungkin ada meeting kot , boleh la aku mencuri sedikit oksigen untuk bernafas dengan mudah . Entah apa benda ebi merepak "yeaarghh" dengan proses bahan membahan berlaku haha.  Last song dorang bergabung dengan POH  memang terbaik la korang.






Pure Buster (kalau x silap) : )  Tengok dorang dressed korang dah tahu ni band apa kan. Walaupun vokalis dia agak kaku di atas stage crowd2 skindhead ,masih bersemangat sing along. Tabik korang. 




** Entah berapa kali tawaf tempat yang sama nak cari Studio Soundmaker ni  (ingat keluar je dari jeti feri belok kiri cari kedai nombor ekor Da Ma Cai belah kanan atau singboard Silverstone naik tingkat 2) dah jumpa, eleh dekat sini je bongok haha

**Aku rasa bangunan ni macam nak roboh je sebab korang akan rasa alunan lantai dia bila crowd ramai2 skakin memang layan haha tapi dekat One Cafe takda kan

**2 orang jepun datang

** Minta maaf kalau tersalah tulis nama band @ tersalah info, lambat sangat aku updated ni arrggghh (lupa, keje bersepah, tak cukup tidur, DOTA)


~ Tuesday, June 7, 2011 0 comments

DIAM... Seketika



Tahniah kepada The Band Shop & Art Entertainment sebab dorang telah berusaha nak bawa rockstar2 nih datang perform kat malaysia untuk para peminat semua. Masa keluar je flyers aku memang dah remind dekat kalendar, simpan duit, heboh satu kampung kat makcik2 pakcik2 jiran2 semua haha.  Tapi apakan daya benda dah tak nak jadi haha, organizer dipersalahkan pelbagai kutukan tomahan diterima, amukan tak tentu pasal daripada segolongan peminat haha... 


Untuk tidak menghampakan para peminat semua, organizer akan mengadakan gig free pada hari sepatutnya Asking Alexandria perform. Satu lagi langkah murni dan sayang yang telah dilakukan semata mata untuk peminat (FORGIVE and FORGET), pehh terharu la gilerr haha. Dah la percuma, percuma ok band yg perform pulak bukan calang-calang band. Tarikh tu juga kepada sesiapa yang telah membeli tiket pre-sale boleh menebus balik duit korang yang rasa macam tertipu haha. Pujian diberi kepada Organizer sebab sanggup ambil risiko untuk benda2 macam ni, modal besar banyak keluar duit tak silap aku la. Enjoy!!!!


~ Tuesday, May 24, 2011 0 comments

Indie Goodness Vol:3

Macam biasa aku telah melambatkan diri untuk hadir ke acara ini.
Indie Goodness yang diadakan sekali setahun kali ni yang ke-3.

Meh preview balik untuk IG yang sebelumnya, volume 1 dorang buat dekat MCPA Hall masa tu memang padat gila sampai turn kitorang nak beli tiket boleh dia kata habis haha agaklahh... kelam kabut aku tengok organizer nak handle budak budak keluar masuk. Akhirnya dapat juga masuk tapi, sampai je dekat pintu aku dah rasa bahang panas dari pelbagai jenis insan yang sedang berdansa, memang happening nasib baik aku hidup lagi. Volume 2 dorang buat dekat 1cafe, agak meriah juga mungkin dengan adanya band ska punk dari JB 'Plague of Happiness' pehh ingat senang ke nak tengok dorang perform dekat kl, memang skakin habis sampai lupa diri kau siapa haha (gilaa gelak depan laptop). Ada satu lagi event gig yang di organize oleh Abang Mey juga iaitu Sana Sini Seni yang berlangsung di Chin Woo Hall. Tempat memang besar (indoor) puas hati, crowd pun ramai juga then ada booth jual merchandise baju, cupcake dll.
           
    ****

Padan muka kau melepas lagi nak tengok Hello Is This The Band perform, ahh lagi sekali dorang main opening. Sweet-P, Lolila, Romancesa pun aku terlepas juga 'double-trouble' betul lah kau ni haha.





Joanna sebagai frontwomen pandai berinteraksi dengan crowd, ajak berdansa, baling botol air dan tag band dan dorang ada bagi 2 t-shirt free berebut haha.




Dodd : "1  Malaysia"


Skudap skudip memang dah standby nak skakin persembahan memang terbaik dengan sedikit ceramah daripada dodd "siapa kata indie dah mati" dan di akhiri dengan dodd berenang renang atas crowd.




The Pilgrims band otai nih 





The Times, dah tak payah nak cerita crowd macam mana happening dia. Puas.... memang puas ibarat melontar semua masalah yang kian membusut di kepala sejauh yang mungkin.. haha




Akibat keletihan selepas melenjan lagu2 The Times ramai crowd duduk mengumpul semula tenaga dorang. Couple selaku band headline memberikan perfomance yang terbaik dan tak menghampakan, lagu yang dorang main pun banyak. Steady la, aidil kantoi goreng masa lagu apa entah haha ..



Ambil gambar dengan organizer haha..Thanks abang mey bagi kitorang tag crew, kau memang sempoi. Tahun depan abg mey cakap adalah tahun last untuk Indie Goodness kiranya Indie Goodness final volume la.



***  Grey Sky Morning sepatutnya dorang perform tapi dorang pergi event apa entah dekat Jakarta sebagai
        wakil Malaysia :(

***  Aku nak One Buck Short weh....     



~ Tuesday, May 10, 2011 0 comments

Here We Are!!!

Redah hujan sorang2 pergi One Cafe hahah gila apa, disebabkan along merajuk dengan aku sebab aku lambat lagi yeye memang aku selalu lambat sori bro (melepas lagi kau nak tengok BERANTAKAN perform). Sampai 1Cafe dengan seluar basah kuyup (nasib baik colour hitam haha) jumpa Matt dengan Qayyum tengah lepak dengan Atoi Berantakan. Macam biasa gig tak mula lagi padahal dah nak pukul 4pm dah, lepak maple depan makan nasi. Gig kali ini bolehdikatakan "Punk vs Metal" berdasarkan nama band2 yang perform haha (padahal banyak band2 yg tak kenal). Minta2 ada band yang cover lagu2 Sex Pistol ke Ramones pehh lama lah gila tak singalong lagu2 dorang ni tak asyik2 lagu berirama keras disusuli dengan headbanging haha bukan tak suka cuma dah jemu dan tepu dengan lagu yang sama je hahah.

Band pertama aku tak sempat tengok, 2nd band The Padang terkejut juga aku awalnya dorang perform nasib baik sempat haha. Dengan crowd yang ada cuma sebaris dua, tak padat, tiada berebut mic, tiada breakdown besar-besaran, kecewa kemana hilangnya korang haha. The Padang perform dengan 3 lagu biasa tanpa lagu cover Baby haha mantap dan bertenaga tapi suram sedikit.


** Jo dengan aksesori tambahan haha

Next band aku tak tahu nama, tapi crowd bertambah sedikit dengan kehadiran brader2 metal yang agak bagak laa haha..







Geng Gemuk Keji, agak chaos juga laa..




 "Bila nak habis ni, lecak dah buntut aku" haha ayat vokalis dia memang kelakar. Set yang agak panjang, tapi lagu dorang macam tak sampai seminit je haha.




Tiba2 ada crowd cina dengan tiger di tangan jerit2 Maosun / Masayo agak ramai juga la kaum dorang yang datang untuk suppport band ni haha. Maosun adalah nama band ni yang bergenre Thrash / Death Metal dengan Masayo sebagai "frontwomen" pehh memang gempak vokal kau weh serius dah macam band Arc Enemy haha terbaik laa.





Side Circle band dari Kg Subang



**Headbanger tegar salute for him 


The Xtrotoyz band yang paling banyak cover lagu2 punk dari Ramones, Sex pistol, Bad Religion, Misfits, dan Exploited. Serius korang memang terbaik puas la gilaa singalong dengan korang. Tapi aku tak perasan dorang ada bawa lagu dorang sendiri ke tak haha.



 
Then layan lagu santai ala2 Sheila Majid haha. Vokal yang mantap memang layan doe agak ke laut juga la haha.



MC Fuckin 16


Berantakan

Daarchlea perform last, itu pun aku tengok sendart berebut stage dengan vox berantakan haha.
Baru dapat feel dengar suara firdaus (pehh skema gila kat poly dulu dia top dgn nama kaer di kalangan rakan kelas aku haha) secara live. Terbaik teruskan buat lagu baru lagi.




** Lecak Bontot Aku- LOL
** Dapat cd band Skinbasher
** Perah stoking basah dalam kedai maple haha
** Stanby esok gig Indie Goodness rock n roll babehh haha (The Times, Grey Sky Mornig, Couple, Hello Is This The Band, Skudap Skudip, Joanna & Co, The Pilgrims)


~ Friday, April 29, 2011 0 comments